Wednesday, January 7, 2009

interview

yes yes...

hari nie interview shoplot dr MARA, yang turun interview lak..aku..aiok dan amy..

neves tu mmg neves..tp kuatkan hati..kalo nak sesuatu..mesti bersungguh2 tuk mendapatkannya..

-------------------------------

sedikit tip dr IK
============================================
Cara membuang tabiat "buang masa"
============================================

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
seharinya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"procrastination" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

"Matlamat dikecilkan"

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

"Tingkatkan kekuatan tenaga"

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

"Suara positif"

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

"Prinsip 80-20"

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!


Monday, January 5, 2009

penantian

bercerita tentang penantian..mmg satu penyeksaan..

sama cam kita nungu album wedding kita yg lom siap...suma ya dugaan..ukan senang org nak molah ya..dah ukan hanya main sebut jak..pereka atau designer memerlukan masa tuk memikir llayout atau design yg sepadan dgn jalan cerita bagi menonjolkan keistimewaan sesebuah album wedding.

bagi aku..aku mmg merlu masa tok ngato suma gamba termasoklah susun atur gamba tersebut dalam album..wpun album yang dibuat oleh pihak REBORN berkualiti tinggi, namun aspek lain pada album tersebut sik diambik remeh oleh pereka seperti aku tok..

for sure aku nak berik yg terbaik tuk customer aku..agar daknya sik jerak nak berurusan dgn team reborn..

insya allah..taun tuk aku akan makin giat dalam bidang tok..aku sik mok mengecewakan rakan2 seperjuangan aku yg sentiasa sapot n berdiri d belakang aku tanpa berganjak dr posisi masing2.

wpun pahit tuk d kenang pada zaman2 aku mula2 berdiri dolok..masa ya main video jak..ya pun RM250 cover video n edit skali..mati2 edit ya..pengalaman oh pengalaman..yg mengajar aku erti sebenar perjuangan..

Sunday, January 4, 2009

pagi yang indah..azam

tajok jak dah kedak lagu ujan..haha..

4 january 2009, dah masok 4 ari kita lam taun 2009..maseh juak sekda azam ka? ish..sik patut ehh..harus pk cgek azam baru ya..jgn lak sia2 jak setaun berlalu gya jak..wpun sik besar ney azam ya..tp atleast ada.

bercerita tentang azam..RDC ada juak azam nya pun..taun 2009 taun permulaan dalam segala bidang bg team reborn..bidang biz yang diceburi team reborn diharap dapat berkembang dgn maju dalam masa 3 - 6 bulan pertama pada taun tok. perkembangan tok dapat dilihat melalui bakal package yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


keindahan kampong ku pun sik penah ku tangga.. :(

ritok aku dok umah jak molah design album..hope aku dapat siapkan 2 album ari tok...album jihan ngan album veronica..nyaman juak show ngan nya duak yg concept album nya duak ya..teringat ngan seseorg..dah jak ka bgn..or maseh demam nya ka..hurm..kita sama2 doakan nya cepat semboh..amin...

apa2 pun...lak ku update gik blog tok..





Saturday, January 3, 2009

musim demam melanda


musim demam dah menjelma...byk org demam..termasok laa team reborn yg berada d kch dan yg berada d kl..

aku berkesempatan call aiok ngan endjay, nanyak berita nya duak..alhamdulillah..nya duak dah berusur sehat..tp aku maseh juak bingong dgn kesehatan si zaza yg ada kat kl nun..entah dah makan ubat ka lom nya kat cnun..



memandangkan suma kita kenak demam, aku mengingatkan dirik ku pun termasok suma reborn crew..byk2 minum ayek suam..jaga kesehatan..masa tok mmg musim penyakit...mun dah terok gilak ya..jgn malu2 nak jumpa dokto..padah mintak antibiotik byk2..kekeke...sak lamak kitak org makan ubat ya sampey abis..sannnn nyawa..sip antibiotik aku dah nak abis..mlm tok jak gik ya ..hah..mun maseh juak sakit sok..dak ku tauk gik penyakit apa lam badan aku tok..masok demam lemang puteh nakk...tok sik lain sik bukan...madir jak pun keja tok..ya ku malas..ukan ada ubat mun kenak penyakit ya..mok mok cgek depan mata bok bait demam tok nak..sik lamak gik kul 6..perut ku dah bebunyi..tp aku sekpat makan sebarang..ukan nya masok pun...ayek liur maseh asa pait..cam asa periyak..garam pun sik masin ku asa..susah na demam camtok..

lak sambong cita gik...reborn'ian..cepat2 la bait..supaya kita kembali bersama seperti sediakala..

ps; 7 ribulan tebiew

permulaan dunia baru



ritok sabtu, 3 januari 2009..
reborn sekda molah papa..coz suma maseh lam keadaan demam..termasok la aku..
nak design pun aku sekda idea..tp hope aku cepat sehat..coz ada 10 album nungu Q tuk aku proses..bykk ooo...ukan ckit yaa..

bila la aku nak bait ooo...mun aku bait..sari cgek album sure dapat pun..hurmm..
Ya Allah, Kau sembuhkan demam ku dgn cepat Ya Allah..
_________________

625am pagi tok tek..ku nerimak msg dr ted adnan...awal juak rentua ya bgn..sik tdo ka apa..nya nanyak bila mok g kl meli lighting studio..aku padah la lam mingu depan bok tauk brita..nya madah ok jak..just sound2 jak mun g kl..

badan aku ritok maseh lemah eh..ku bok jak bejemo kat luar jap tek..lamak dah aku sik nangga mata ari..dah la brapa ari dah sik mandik tok..kotan sejok gilak eh..(malu aku eh) ritok mandik ku..ney tahan nyawa camtok..kakya aku nak prepare surat resign sama ada sebulan notis or 24 jam..ya ku gik pk tok..hurm..terasa juak nak mintak pendapat org lain dolok..coz aku pk..mun aku berenti 24 jam pun..keja lain sedang nungu aku..molah custom album..tp aku terpaksa maya ngan company tempat aku keja..2nd yg ku pk..mun aku berenti 24jam..then gaji bulan tok aku nang sekda nerimak terus..ya kira ok la..konsider kata org..

sebulan ya kira lamak juak eh..ukan 2 3 jam ya...30 ari ya..lamak ya eh..bg aku..dolok mun 30 ari ya asa sekejap jak..tp nektok..30 ari ya asa 30 taun nungu..kotan lamak masa ya berlalu..
lepas tok ku nulis apa yg belaku ritok..

cau lok..

Friday, January 2, 2009

xtvt REBORN


salah seorg client pertama reborn design concept


rebron crew
suma nya bidang terjun..kenak racun terus berkecumpung dalam dunia photography

suma bermula dr kedatangan vendor custom album yang mencari pasaran d sarawak. mengambil kesempatan utk melangkah setapak, beberapa anak muda telah menubuhkan crew photography yang memfokuskan perkahwinan; akan tetapi secara tidak sengaja, crew ini terlibat sama dalam pengambilan gambar komersial dan majlis2 lain seperti pesta, makan malam dan sebagainya.

berbekalkan darah muda, mereka menamakan Reborn Design Concept sebagai satu jenama yang bakal hangat dipasaran.

crew reborn ini berjaya memikat ramai pasangan yang bakal kahwin dgn menawarkan album custom dgn teknologi terkini dan mampu dimiliki oleh suma lapisan masyarakat dgn harga yang berpatutan.

antara contoh hasil kerja crew reborn










demam!!

dah semingu aku demam..tp marek paling terok ku penah asa..badan panaz ukan2 jak eh..dunia bepusin..mmg pun bepusin nak..tp bepusin maksud aku ya..aku nangga suma org bepusin..palak aku berat bage batu..badan aku bage kenak paluk pake kayu balak..fuh..sakit yang sik penah ku asa kuat gilak camtok..ari selasa tek g clinic chong, sik juak ok..makin sakit gik ada..maok dokto ya soh aku mati kali nak..tp mlm tadik g clinic kota raya..tahap kepanasan badan aku ialah 4,,wahh..boleh masak telo yaa..ku mintak cuti 2 ari..aritok ngan sok..pake aku elek..hehe..nyaman palak ah..

dah la perut aku lapa..nak masok brg makan pun susah tok..maklom la demam..mun nak makan pun..mesti nak mintak nyaman2..haha..tp nyaman ney pun brg makan ya..tetap juak sik dapat masok..berik kepci pun asa nya k kah lam frame jak..hehe

mata ngantok..tp sik mok tdo..apa jak la mata tok..dah nama mikir nak keja jak eh..susah2..lepas tok aku nak molah blog hal wedding yg team aku polah..
Italic
wait n see..
 

Copyright 2007 Reborn Inc, All Right Reserved. Created by Tyco9