Thursday, January 15, 2009

Tip pake keja

Tips Motivati Kerja

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang
dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya
adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih
daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan
produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." -- Datuk Dr. Fadilah
Kamsah

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG
BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat
lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik
kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA,
maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana
kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita
sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat
kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan,
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat
nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan
jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la
kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Wednesday, January 14, 2009

Notis Penting

alo suma...hahah..xsen jak elo ya ehh..

ritok ku nerimak surat reply resignation aku..wahh..aku resign duhal..cam sik cayak jak ehh..

<==========================>

Kepada semua pelangan yang dihormati,


memandangkan Tahun Baru Cina bakal menjelma..maka album yang anda tempah akan siap (setelah mendapat approval dr anda) selepas CNY.

kami memohon maaf atas kelewatan ini.

yang tulus,

Azlandy
Reborn Design Concept

Tuesday, January 13, 2009

5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)




ramai yang tanya, apakah tip-tip panas (hot tip!) untuk
perniagaan sempena tahun 2009 ni...

Here's 5 tips from me:

* Target "baby boomers" mereka yang ramainya tidak effected dengan
economy meltdown. Mereka adalah dalam lingkungan umur 50+

* Target produk "affordable" dan bukan "luxury". Sesuatu yang mampu
dibeli dan bukan sesuatu yang untuk kemewahan.

* Mulakan perniagaan yang berkos rendah - kos permulaan dan
overhead rendah. The best is Soho (small offcie, home office)
seperti perniagaan Internet atau pun perniagaan perkhidmatan.

* Produk kesihatan (health & wellness) akan berada dalam
permintaan tak kira ekonomi jatuh/naik

* Produk-produk organik juga antara trend baru perniagaan yang
akan boom :)

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat
mengubah approach perniagaan supaya dapat sustain tak kira ekonomi
turun/naik.

Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target
market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah
mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.

All the best dalam perniagaan 2009!

tip dr IK


Sunday, January 11, 2009

proposal new reborn logo



tok proposal logo baru rebron photography..apa pendapat kitak org...komen komen..

Saturday, January 10, 2009

REBORN Photography

Memandangkan Reborn Design Concept tak dapat di register dekat lembaga Hasil..

maka dengan rasminya di tukar kepada REBORN PHOTOGRAPHY..namun demikian, RDC tetap diguna pakai sebagai satu brand baru dalam bidang ini.

Friday, January 9, 2009

register

hari nie kitorang nak register company dekat bangunan HASIL kuching..agak2 dalam pukul 2 lepas jer semayang jumaat nanti..aku..aiok..dan amy akan berjumpa d satu kawasan terpencil..haha..kidding..kitorang jumpe nak settle hal register nih..hope dapat settle hari nie..coz aku ambik cuti nie pun semata2 nak settle bende nie..

lepas tu kemungkinan besar kitorang akan bincang mengenai perjalanan syarikat..coz bende nie takleh memain dah..kene serius memanjang...aku lak bulan feb nanti dah tak keje lagi.waaaa..waaaa...takpe takpe..aku akan berusaha tuk mencapai matlamat company nie..aku tak leh gerak sorang2 gak..team work kene ade..so setiap keje aku akan ada report yg tersendiri..

hope lepas nie aku boleh hidup wpun susah bgaimane pun..insya allah..

Thursday, January 8, 2009

satok parade

alhamdulillah...kede kat satok parade dah jd milik RDC..

step seterusnya ialah mencarik modal tuk memulakan perniagaan..insya allah suma ya akan terurus dgn baiknya..

wpun aku hepi gilak ritok..sampey keja dah sik tentu pasal..tp aku tetap akan teruskan masa sebulan tok untuk aku memperbaiki mutu keja aku..

aritok juak aku dah anta surat resign dgn bos..so last day aku ialah 7.2.2009..mlm b4 ya ada staff party..cam party pake aku jak..hahah..
 

Copyright 2007 Reborn Inc, All Right Reserved. Created by Tyco9