Saturday, April 4, 2009

aku sakit gigi!!

cis..dugaan betol laa..isnin aku dah nak interview..rabu pulak ak p kursus..cis...dah laa gg aku tumbuh..gereham bongsu lak tuu...sakit yang teramat sangat..sampai aku pun dah tak tentu pasal..dulu aku tak banaz baran sangat..since aku sakit gigi nih..sume tak betul bagi aku..bising sikit..aku dah marah..

perghh...rasa nak bunuh diri lak aku..arghhhhhh..sakit laaa..gila siottttt..sakit sangat2..tak pernah aku rasa sakit camni sangat dalam hidup aku..aku takut nak jumpe dokto..coz aku still bayangkan jarum besar..hahah..kalau still gak aku sakit..besok aku p jumpe dokto..mintak2 laa takde ape2..

nih aku ambik dr web http://www.myhealth.gov.my

Gigi Bongsu

Latar belakang
Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Rawatan oleh doktor pergigian

Latar belakang

Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Wisdom Tooth

Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?

Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:

  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut

Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?

Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:

  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam

Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?

Dapatkan rawatan secepat mungkin.

Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:

    • Makan ubat penahan sakit.
    • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
    • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
    • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.

Rawatan oleh doktor pergigian

Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:

  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).

  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
  • (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
    - gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).

  • (b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
    - gigi perlu dicabut melalui pembedahan.

X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.

1 comments:

Unknown said...

me too tgh sakit wisdom teeth
huhu

 

Copyright 2007 Reborn Inc, All Right Reserved. Created by Tyco9